• December 12, 2024
  •  

Lawatan Rasmi YB Dato' Mah Siew Keong ke LWHNPP

YB Dato’ Mah Siew Keong Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Penyelia Lembaga Wakaf Hindu dan
Dr. Chong Yen Nee Ketua Pengarah Unit Pembangunan Penjaja, Peniaga Kecil dan Wakaf Hindu di Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan lawatan rasmi pada 26hb Mei 2015 ke Kompleks Pentadbiran Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang, Jalan Macalister.
Dato’ Mah Siew Keong juga melawat Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, Jalan Kebun Bunga (Waterfall Hilltop Temple).
YB Prof Dr. P. Ramasamy selaku Pengerusi telah menyambut kedatangan Menteri Persekutuan dan satu jamuan Hi-Tea telah diadakan di Kompleks LWHNPP.